Tugasan Kelas - Khamis 23/10/2009

10 sebab mengapa kajian tindakan penting bagi guru?

Kajian tindakan penting dilakukan adalah kerana :
1. Guru dapat mengenal pasti masalah atau isu yang berlaku serta turut merancang langkah-langkah sebagai jalan penyelesaian.

2. Untuk melihat kesediaan guru dan pihak pentadbir melakukan perubahan berdasarkan penyelidikan yang relevan dengan konteks dan pengalaman.

3. Melalui kajian yang dilakukan, guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta memudahkan pencapaian objektif.

4. Guru dapat memahami situasi sebenar yang berlaku dan dapat mengubah dan memperbaiki amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Untuk membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan.

6. Dapat menyediakan guru sebagai penyelidik yang kritikal, prihatin dengan situasi murid, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya untuk membuat penilaian tahap kurikulum dan kokurikulum.

7. Dapat membuat perancangan baru untuk setiap huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.

8. Meningkatkan penggunaan bahan bantu mengajar dengan lebih aktif dan efektif.

9. Dapatan kajian hasil daripada penyelidikan dapat dikongsi bersama di antara guru-guru untuk meningkatkan prestasi mengajar dengan baik apabila berhadapan dengan
pelbagai tahap dan perlakuan murid.

10. Kajian ini penting dilakukan untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS