Aktiviti 13 : Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan kursus psikologi pendidikan / kaedah mengajar / pentaksiran pembelajaran

a) Apakah teori-teori, strategi, kaedah yang boleh diguna @ diadaptasi bagi setiap masalah
b) Bina kerangka teoritikal, konseptual, operasional kajian

#mesti selaras dengan pernyataan masalah dan tujuan / objektif / soalan kajian

Jawapan (a)

1) Teori yang digunakan

Teori Resapan Inovasi


Teori Resapan Inovasi adalah satu teori yang dipelopori oleh Everett M.Rogers. "Resapan" merupakan proses di mana sesuatu inovasi dihubungkan melalui saluran-saluran tertentu mengikut masa dalam kalangan ahli-ahli dalam sesebuah sistem sosial (Rogers, 1983). Secara ringkasnya, teori ini membincangkan dengan mendalam bagaimana sesuatu yang baru sama ada dalam bentuk idea, teknologi, barangan atau teknik-teknik berkembang dalam berbagai-bagai khalayak contohnya dalam hal ini pelajar merupakan khalayak utama. Teori Resapan Inovasi digunakan dalam kajian ini untuk melihat tahap penggunaan animasi sebagai bahan multimedia yang mampu memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Teori Kognitif

Ahli psikologi kognitif mengatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan tingkah laku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus.

Perubahan tingkahlaku dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran. Menurut Bruner untuk mengajar sesuatu tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mancapai tahap perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan pengajaran harus disediakan dengan baik. Dengan lain perkataan perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan dengan cara mengatur bahan yang akan dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan tingkat perkembangannya. Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan adalah kurikulum spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner ini adalah dengan memahami konsep, makna dan hubungan dan seterusnya menghasilkan suatu kesimpulan.

Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di atas banyak diterapkan dalam dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :

a) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.

b) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana.

c) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa pemahaman. Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah diketahui pelajar sebelumnya.

d) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui sebelumnya.

e) Adanya perbezaan individu yang harus diperhatikan dan faktor ini mempengaruhi proses pembelajaran pelajar.


2) Strategi Pengajaran dan Pembelajaran


Strategi Pemusatan Murid
D bawah strategi pemusatan murid, murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid-murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran sama ada secara kumpulan atau secara individu. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Contohnya berdasarkan tajuk kajian kami, kaedah yang akan diterapkan adalah soal jawab, sumbangsaran dan perbincangan.


3) Kaedah yang digunakan


(i) Kaedah soal jawab

Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya mewujudkan interaksi di antara guru dengan murid secara berkesan. Ia dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar hendaklah memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Terdapat beberapa tujuan utama kaedah ini dilaksanakan, antaranya adalah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. Selain itu, dapat mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar di samping dapat melatih pelajar berani untuk memberi pendapat dan berkomunikasi. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

(ii) Kaedah sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan satu kaedah yang dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) iaitu merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli menyumbangkan pendapat dan idea. Melalui kaedah ini, pelajar akan melibatkan diri secara aktif untuk memberikan idea dan pandangan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Melalui penggunaan kaedah ini juga, secara tidak langsung banyak idea baru dapat dicungkil sebanyak mungkin dalam sesuatu isu.

Pelaksanaan :
a) Guru akan menerangkan tujuan dan mengemukakan persoalan yang menjadi fokus sesi pembelajaran.
b) Idea akan dinyatakan secara spontan dan dapat dikumpul sebanyak yang mungkin.
c) Idea tersebut turut boleh dikembangkan oleh pelajar lain.

(iii) Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat mengenai sesuatu tajuk. Tujuan kaedah ini adalah untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan berpendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:83). Kaedah ini merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan dilakukan di kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Aktiviti perbincangan ini dilakukan antara pelajar secara bekerjasama mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.

Pelaksanaan :
a) Guru menarik perhatian pelajar kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.
b) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seseorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek-aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
c) Guru kemudiannya menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
d) Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis atau kad manila mana-mana yang penting.

Jawapan (b)

Kerangka Teoritikal


Kerangka Konseptual

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aktiviti 12 : Pemurnian

Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian.

Matlamat Kajian
Mengenal pasti penggunaan animasi mampu memberikan kefahaman yang tinggi dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Kajian
Memberi rangsangan kepada pelajar agar lebih tertumpu dan menarik minat dalam pembelajaran.


Objektif Kajian
1. Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P.
2. Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aktiviti 11 : Tugasan 2 : Jurnal


Berdasarkan Jurnal, lihat:

Jurnal 1

Supporting Academic Improvement among Eight Graders at Risk for Retention : An Action Research Intervention


Jurnal 2

Engaging Conversationally : A Method for Engaging Students in Their Learning and Examining Instruction


Jurnal 3

Collaborative action research and project work: Promising practices for developing collaborative inquiry among early childhood preservice


Ringkasan Kajian


Jurnal 1


Kajian ini dilakukan oleh kaunselor di sebuah sekolah menengah untuk meningkatkan peningkatan pencapaian di kalangan pelajar di Gred 8. Pengkaji dapati pencapaian dalam kalangan pelajar tersebut amat lemah dan merasakan sesuatu pembaharuan perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian pelajar dengan menjadi fasilitator dan dalam masa yang sama melakukan penyelidikan terhadap pelajar-pelajar tersebut.


Jurnal 2


Kajian ini dilakukan untuk melihat bagaimana seorang guru memikirkan cara dan memudahkan murid-murid dalam proses pembelajaran. Engaging Conversationally (EC) dipilih sebagai satu kaedah yang dilakukan dengan menggunakan teori theoretical sampling untuk menganalisa dalam sekitar 100 buah data termasuklah catatan atau nota guru, pemerhatian ketika pengajaran berlangsung, maklum balas daripada pembentangan yang dilakukan dalam seminar, penilaian pelajar dan keputusan pelajar di akhir semester. EC ini diperkenalkan sebagai fenomena yang menerangkan penglibatan guru atau pendidik dalam proses pembelajaran. EC merangkumi kelajuan bercakap, perbincangan dalam kelas, struktur kelas (kaedah kuliah / penerangan, penggunaan video, persembahan pengajaran, sumbang saran daripada pelajar dll), gerakan fizikal, interaksi antara guru dan pelajar dalam kelas. EC juga merupakan satu kajian penyelidikan yang mempunyai pola kitaran berterusan merangkumi segala persediaan, refleksi dan modeling.


Jurnal 3


Dapatan daripada kajian kes yang dilakukan oleh dua kumpulan guru pelatih menunjukkan pendekatan baru yang menggabungkan kajian dan amalan cara sesuatu mata pelajaran bersama murid pra-sekolah. Melalui penyertaan dalam kitaran kajian tindakan yang dilakukan secara kerjasama antara guru-guru pelatih ini, menumpukan tugasan bersama untuk melaksanakan projek jangka panjang, guru pelatih juga telah membuktikan perubahan dalam cara mereka turut serta dan mengembangkan penyelidikan pengajaran berorientasikan sikap.


Apa masalah yang dijadikan kajian


Jurnal 1


Pengkaji mendapati pelajar di gred 8 mempunyai pencapaian yang rendah dalam pelajaran. Keadaan yang berlaku ini menyebabkan pengkaji sebagai kaunselor sekolah tersebut merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk meningkatkan pencapaian pelajar ini.


Jurnal 2


1.Bagaimana guru / pendidik terlibat dalam proses pembelajaran untuk memudahkan dan menjadikan suasana pembelajaran dalam kelas berbeza?

2.Adakah penglibatan guru boleh memberi manfaat kepada perkembangan pendidikan?


Jurnal 3


1.Bagaimana untuk meningkatkan kesedaran terhadap nilai dan keperluan untuk berkongsi tanggungjawab dengan ahli kumpulan membentuk kurikulum pengajaran.

2. Adakah percubaan untuk mengurus pengajaran sendiri melalui refleksi dalam tindakan sebagai suatu cara yang terbaik.


Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data?


Jurnal 1


Pendekatan kualitatif

-Pengkaji mengumpul data melalui temu ramah yang dilakukan dengan pelajar.

-Pengkaji mengumpulkan 3 set data untuk setiap pelajar bagi melihat keberkesanan intervensi ini.

-3 set ini terdiri daripada:-

1. Nilai 5 mata pelajaran yang dapat pada akhir masa penentuan gred.

2. Nilai purata kumulatif, menggunakan skala 4 akan dikira untuk tiap pelajar setiap kali penandaan kad laporan pelajar.

3. Skor markah yang diperoleh oleh pelajar akan dikumpul dan dibuat perbandingan peperiksaan yang diambil pada akhir tahun setelah intervensi dilakukan kepada pelajar.


Jurnal 2


Pendekatan kualitatif

1) Menggunakan kaedah “theoretical sampling” untuk mendapatkan data.

-Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan dan menganalisis data-data yang terpilih.

-“theoretical sampling” sebagai satu teknik di mana data dikumpul terus-menerus.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aktiviti 10 : Tugasan 1 : Buku


Soalan

Berdasarkan buku yang anda baca, bincang tentang "Mengenal pasti masalah kajian tindakan"

Buku 1
Action Research Second Edition oleh Ernie T.Stringer


Buku ini mengatakan bahawa sesuatu kajian yang dilakukan secara sistematik dan teratur adalah untuk memberi jawapan atau menyelesaikan sesuatu permasalahan / fenomena yang timbul di mana masalah itu wujud.

Bagi mengenal pasti suatu permasalahan dalam kajian, suatu penyelidikan itu boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti berikut :

a) Mengandungi isu atau masalah yang boleh terjawab melalui penyelidikan
b) Proses mendapatkan maklumat
C) Penjelasan yang membolehkan individu untuk memahami masalah

Kajian juga boleh membincangkan tindakan yang mencuba untuk menyelesaikan masalah yang telah dikaji. Kajian dapat digambarkan sebagai sesuatu yang tidak lebih daripada perkembangan aktiviti di mana kita terlibat di dalam kehidupan seharian. Walaupun masalah yang biasa, comtoh : di manakah stokin biru saya?

Kita bertanyakan soalan yang memerlukan penjelasan yang menyediakan asas kepada jawapan (saya telah memakai stokin biru semalam) , (saya) mungkin meletakkan stokin tu dalam mesin basuh).

Kejayaan kajian saintifik adalah berdasarkan desakan di atas ketepatan dan ketelitian formulasi huraian, pemerhatian, dan penjelasan. Ketelitian terhadap apa yang diperhatikan dan yang dihuraikan akan memberikan penjelasan tentang keberkesanan yang membolehkan kita untuk membuat anggapan dan mengawal masalah di dunia ini.

Prosedur Kajian

Setiap kajian perlu ada prosedur-prosedur tertentu agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedur yang ditekankan adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti dan fokus kepada isu
b) Mendefinisikan masalah
c) Kaedah yang digunakan , contohnya tinjauan
d) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenal pasti
e) Mengumpul data
f) Menganalisis data

Untuk kelas 18 hb Disember 2009

Pengumpulan data

Penulis menerangkan beberapa cara atau proses bagaimana penyelidik dapat memudahkan penyelidikan bagi mendapatkan data dan maklumat melalui langkah-langkah seperti berikut :-

i) Temubual
ii) Pemerhatian
iii) Dokumen

i) Temu bual

Untuk mendapatkan data melalui temubual, terdapat beberapa perkara penting yang perlu ditekankan oleh pengkaji / penyelidik. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti :
a) Mengenal pasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
b) Meminta izin untuk menemu bual dan merekod maklumat yang diperolehi
c) Memastikan masa yang sesuai untuk melakukan temu bual atau perbincangan
d) Berunding tentang masa dan tempat untuk menemu bual sekiranya perlu.

Data yang diperolehi daripada temubual ini tentunya melibatkan soalan-soalan yang diutarakan kepada responden dan seterusnya menyimpan data melalui perakam yang mana merupakan satu kelebihan kepada pengkaji agar maklumat yang diperolehi lengkap dan tidak tertinggal.


ii) Pemerhatian


Melalui cara ini pula, pengkaji mendapatkan data melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap responden dengan mengambil kira elemen-elemen seperti berikut:
a) Tempat : lokasi di mana aktiviti / kegiatan dijalankan
b) Orang : individu yang memainkan peranan dalam kajian
c) Benda : Bahan yang terlibat, peralatan dan sebagainya
d) Perlakuan
e) Aktiviti : apa-apa tindakan yang berkaitan (cth: untuk merumuskan kajian kes)
f) Peristiwa : Berkaitan dengan kegiatan yang dilakukan dalam aktiviti
g) Tujuan : melihat apa yang ingin dicapai
h) Masa : masa yang sesuai, dan mengikut urutan peristiwa dan aktiviti


iii) Dokumen - Tinjauan


Pengkaji juga boleh memperoleh data melalui dokumen-dokumen yang berkaitan. Dokumen yang dimaksudkan boleh merangkumi nota, laporan rasmi, kenyataan dasar, laporan penilaian, kenyataan maklumat dsbgnya.


Penganalisisan data


Secara ringkasnya, analisis data merupakan proses menggunakan data dan mengolahnya menjadi maklumat untuk dihuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu yang dijadikan sebagai kajian.

Untuk menganalisis data yang diperoleh, pengkaji perlu :

i) mengenal pasti elemen utama atau dengan kata mudah mengenal pasti maklumat penting
sahaja
ii) merumuskan kategori, contohnya kumpulan yang mempunyai item yang serupa
iii) merumuskan tema, contohnya bagi kumpulan yang mempunyai kategori yang sama

Data yang diperolehi disusun berdasarkan;

i) kegiatan dalam penyelidikan yang telah dilakukan, merangkumi apa yang telah dilakukan, di
mana, bila, dan mengapa
ii) Situasi / konteks
iii) Isu yang menjadi persoalan kajian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aktiviti 9 : Tugasan 4 Mini KT

Dalam pasukan bina :
1) Matlamat kajian tindakan (satu ayat / penyataan umum apa yang hendak dicapai di akhir kajian)
2) Bentuk objektif kajian
3) Bentuk soalan kajian

Matlamat Kajian
Mengenal pasti penggunaan animasi mampu memberikan kefahaman yang tinggi dalam menguasai pengajaran dan pembelajaran.

Objektif Kajian
1. Membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P.
2. Mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran
.
Soalan Kajian
1.Bagaimana penggunaan animasi dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam P & P?
2.Adakah penggunaan animasi mampu mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik pengajaran?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aktiviti 8 : Tugasan 4 Mini KT

Berdasarkan tajuk kajian, huraikan– cadangan untuk mengatasi kelemahan pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :-

Fikir sendiri cadangan secara individu

1. Guru menyediakan sendiri animasi interaktif untuk digunakan semasa proses P & P

2. Guru harus bersiap sedia dengan bahan-bahan animasi yang lain (bercetak) contohnya menggunakan gambar berbentuk animasi untuk diterapkan dalam P&P sebagai inisiatif lain.

3. Guru perlu menguasai kemahiran dalam penggunaan ICT tidak kiralah sama ada ia melibatkan penggunaan animasi, video dan sebagainya.

Fikir cadangan dalam pasukan

1. Guru harus lebih kreatif dalam penyediaan bahan-bahan animasi yang sesuai untuk digunakan dalam pembelajaran.

2. Guru harus memilih masa yang sesuai untuk menayangkan animasi tersebut agar ianya sesuai dengan kehendak pembelajaran pada masa itu.

3. Animasi yang menjadi pilihan guru untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran perlulah mempunyai kandungan yang sesuai serta penerapan pelbagai nilai yang sememannya khusus untuk suatu pengajaran tersebut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

Aktiviti 7 : Tugasan 4 Mini KT


Berdasarkan tajuk kajian, huraikan- KELEMAHAN pengajaran-pengajaran subjek berkenaan berdasarkan :

Pengalaman / Refleksi secara individu

1.Pengurusan pengetahuan merupakan suatu konsep yang kompleks dan meragukan.


2.Teknologi yang menguruskan pembelajaran dan pengetahuan condong kepada sifat pembahagian dan tidak mungkin akan diintegrasi.


3.Kebergantungan guru terhadap bahan animasi tersebut boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan lancar.


Pengalaman / Refleksi secara pasukan

1.Sesetengah maklumat berkenaan dengan pembelajaran tentang realiti sebenar sesuatu keadaan atau benda itu mungkin akan hilang dan tidak boleh diperolehi dalam program animasi.


2.Penggunaan animasi tidak mengambil kira tahap murid-murid di dalam sesuatu kumpulan atau kelas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS