Aktiviti 10 : Tugasan 1 : Buku


Soalan

Berdasarkan buku yang anda baca, bincang tentang "Mengenal pasti masalah kajian tindakan"

Buku 1
Action Research Second Edition oleh Ernie T.Stringer


Buku ini mengatakan bahawa sesuatu kajian yang dilakukan secara sistematik dan teratur adalah untuk memberi jawapan atau menyelesaikan sesuatu permasalahan / fenomena yang timbul di mana masalah itu wujud.

Bagi mengenal pasti suatu permasalahan dalam kajian, suatu penyelidikan itu boleh dikenal pasti melalui ciri-ciri seperti berikut :

a) Mengandungi isu atau masalah yang boleh terjawab melalui penyelidikan
b) Proses mendapatkan maklumat
C) Penjelasan yang membolehkan individu untuk memahami masalah

Kajian juga boleh membincangkan tindakan yang mencuba untuk menyelesaikan masalah yang telah dikaji. Kajian dapat digambarkan sebagai sesuatu yang tidak lebih daripada perkembangan aktiviti di mana kita terlibat di dalam kehidupan seharian. Walaupun masalah yang biasa, comtoh : di manakah stokin biru saya?

Kita bertanyakan soalan yang memerlukan penjelasan yang menyediakan asas kepada jawapan (saya telah memakai stokin biru semalam) , (saya) mungkin meletakkan stokin tu dalam mesin basuh).

Kejayaan kajian saintifik adalah berdasarkan desakan di atas ketepatan dan ketelitian formulasi huraian, pemerhatian, dan penjelasan. Ketelitian terhadap apa yang diperhatikan dan yang dihuraikan akan memberikan penjelasan tentang keberkesanan yang membolehkan kita untuk membuat anggapan dan mengawal masalah di dunia ini.

Prosedur Kajian

Setiap kajian perlu ada prosedur-prosedur tertentu agar penyelidikan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Antara prosedur-prosedur yang ditekankan adalah seperti berikut:

a) Mengenal pasti dan fokus kepada isu
b) Mendefinisikan masalah
c) Kaedah yang digunakan , contohnya tinjauan
d) Membina gambaran tentang keadaan isu yang dikenal pasti
e) Mengumpul data
f) Menganalisis data

Untuk kelas 18 hb Disember 2009

Pengumpulan data

Penulis menerangkan beberapa cara atau proses bagaimana penyelidik dapat memudahkan penyelidikan bagi mendapatkan data dan maklumat melalui langkah-langkah seperti berikut :-

i) Temubual
ii) Pemerhatian
iii) Dokumen

i) Temu bual

Untuk mendapatkan data melalui temubual, terdapat beberapa perkara penting yang perlu ditekankan oleh pengkaji / penyelidik. Antara perkara-perkara tersebut adalah seperti :
a) Mengenal pasti diri responden, peranan dan tujuan kajian
b) Meminta izin untuk menemu bual dan merekod maklumat yang diperolehi
c) Memastikan masa yang sesuai untuk melakukan temu bual atau perbincangan
d) Berunding tentang masa dan tempat untuk menemu bual sekiranya perlu.

Data yang diperolehi daripada temubual ini tentunya melibatkan soalan-soalan yang diutarakan kepada responden dan seterusnya menyimpan data melalui perakam yang mana merupakan satu kelebihan kepada pengkaji agar maklumat yang diperolehi lengkap dan tidak tertinggal.


ii) Pemerhatian


Melalui cara ini pula, pengkaji mendapatkan data melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap responden dengan mengambil kira elemen-elemen seperti berikut:
a) Tempat : lokasi di mana aktiviti / kegiatan dijalankan
b) Orang : individu yang memainkan peranan dalam kajian
c) Benda : Bahan yang terlibat, peralatan dan sebagainya
d) Perlakuan
e) Aktiviti : apa-apa tindakan yang berkaitan (cth: untuk merumuskan kajian kes)
f) Peristiwa : Berkaitan dengan kegiatan yang dilakukan dalam aktiviti
g) Tujuan : melihat apa yang ingin dicapai
h) Masa : masa yang sesuai, dan mengikut urutan peristiwa dan aktiviti


iii) Dokumen - Tinjauan


Pengkaji juga boleh memperoleh data melalui dokumen-dokumen yang berkaitan. Dokumen yang dimaksudkan boleh merangkumi nota, laporan rasmi, kenyataan dasar, laporan penilaian, kenyataan maklumat dsbgnya.


Penganalisisan data


Secara ringkasnya, analisis data merupakan proses menggunakan data dan mengolahnya menjadi maklumat untuk dihuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu isu yang dijadikan sebagai kajian.

Untuk menganalisis data yang diperoleh, pengkaji perlu :

i) mengenal pasti elemen utama atau dengan kata mudah mengenal pasti maklumat penting
sahaja
ii) merumuskan kategori, contohnya kumpulan yang mempunyai item yang serupa
iii) merumuskan tema, contohnya bagi kumpulan yang mempunyai kategori yang sama

Data yang diperolehi disusun berdasarkan;

i) kegiatan dalam penyelidikan yang telah dilakukan, merangkumi apa yang telah dilakukan, di
mana, bila, dan mengapa
ii) Situasi / konteks
iii) Isu yang menjadi persoalan kajian

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Aktiviti 10 : Tugasan 1 : Buku"

Post a Comment