Aktiviti 1 : Tugasan 1 Buku
Aktiviti Berkumpulan:
1. Ahmad Faiz Bin Mohamed @ Mahmood
2. Aena Munirah Binti Abd Rahim
3. Norazura Binti Tukiran
Buku 1
Nama Buku : Action Research : Second Edition
Nama Pengarang : Ernie T. Stringer
Apa itu Kajian Tindakan?
Ianya adalah satu tindak balas kepada kedua-dua penekanan sama ada yang berbentuk pragmatik atau falsafah. Kini, ianya lebih dikenali sebagai disiplin pertanyaan (kajian) yang memberi tumpuan untuk meningkatkan kualiti organisasi masyarakat, komuniti dan kehidupan keluarga.
Buku ini melihat kaedah dan teknik penyelidikan yang mengambil kira sejarah manusia, kebudayaan, amalan interaksi dan menyentuh berkaitan dengan kehidupan. Kajian dapat dijalankan melalui pemerhatian,berfikir dan bertindak iaitu menggunakan model Interacting Spiral (look, think, act).
Menurut buku ini, guru perlu melakukan kajian tindakan adalah bertujuan sebagai penambahbaikan. Melalui kajian tersebut, guru dapat mengenal pasti masalah serta mencari penyelesaian terhadap sesuatu. Dengan ini, perancangan yang lebih baik dapat dilakukan bagi merancang proses pengajaran yang lebih berkesan.
Buku 2
Nama Buku : The Action Research Guidebook : A Four-Step Process for Educators and School Teams.
Nama Pengarang : Richard Sagor
Buku ini memberi konsep kajian tindakan sebagai satu siasatan kajian yang dilakukan oleh individu atau kumpulan ke atas sesuatu permasalahan yang berkenaan dengan bidang masing-masing dengan tujuan untuk penambahbaikan.
Kajian tindakan ini sesuai diaplikasikan ke atas sesuatu permasalahan itu jika permasalahan tersebut menepati tiga persoalan berikut:
1. Adakah fokus dalam persoalan kajian itu menumpukan kepada permasalahan di dalam bidang profesional anda?
2. Adakah anda mempunyai kuasa atau kemampuan untuk mengubah tindakan yang telah diambil pada masa hadapan berdasarkan hasil atau dapatan daripada kajian?
3. Adakah penambahbaikan itu mampu dibuat?
Jika ketiga-tiga soalan ini mempunyai jawapan 'ya', maka kajian tindakan adalah sesuai dijalankan.
Penilaian terhadap kedua-dua buku ini
Buku 1 sesuai digunakan sebagai panduan untuk pelbagai jenis pengguna termasuklah guru, pekerja kesihatan, pekerja sosial dan sebagainya. Setiap prosedur diterangkan dengan jelas menggunakan tahap-tahap yang sesuai.Begitu juga dengan bahasa yang digunakan senang difahami.
Manakala Buku 2 khusus untuk dijadikan panduan kepada pendidik dan pentadbir di sekolah.
0 Response to "Aktiviti 1 : Tugasan 1 Buku"
Post a Comment