Tugasan Kelas- Konsep Kajian Tindakan
Latar belakang kajian tindakan
Konsep kajian tindakan ini sebenarnya berasal daripada seorang ahli psikologi sosial iaitu Kurt Lewin bermula pada tahun 1946. Pendekatan kajian tindakan ini telah digunakan oleh beliau selepas Perang Dunia Kedua dalam usahanya untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud dalam komuniti pada masa itu dan telah mengutamakan dua idea utama berkenaan kajian tindakan iaitu keputusan kumpulan dan komitmen kepada peningkatan kerja.
Kedua-dua idea ini merupakan asas pendekatan Kajian Tindakan yang menegaskan usaha kolaboratif atau usaha sama dalam kumpulan bagi meningkatkan mutu prestasi kerja (Kemmis dan McTaggart, 1998)
Menurut Lomax (1994)
Kajian tindakan adalah “penyelidikan pendidikan” (educational research) dan ia berbeza dengan “penyelidikan dalam pendidikan” (research in education) kerana yang menyelidik itu adalah guru sendiri yang ingin memperkembangkan dirinya serta profesionnya.
Menurut Mcniff (1988)
Kajian tindakan merupakan satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif.
Menurut Mills (2000)
Kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dijalankan secara sistematik oleh guru, guru besar atau pengetua, guru-guru pembimbing atau lain-lain guru yang berkepentingan dalam suasana pengajaran atau perkembangan pelajar bagi mengumpulkan maklumat tentang perjalanan sekolah mereka, bagaimana pengajaran dibuat dan bagaimana pelajar membuat.
Walaupun terdapat perbezaan pendapat mengenai istilah dan isu-isu dalam kajian tindakan, namun begitu kebanyakannya sepakat bahawa kajian tindakan adalah satu inkuiri yang dilakukan oleh atau bersama ‘orang dalam’ (insiders) di sesebuah organisasi atau komuniti, tetapi tidak kepada atau ke atas mereka.
Reka Bentuk Kajian
Model-model kajian tindakan
Model Kajian Tindakan Kurt Lewin
Model Kemmis & McTaggart
Model Kajian Tindakan Elliot
Model Kajian Tindakan Coghlan dan Brannick
Model Kajian Tindakan McKernan
Model-model kajian tindakan yang lain
0 Response to "Tugasan Kelas- Konsep Kajian Tindakan"
Post a Comment